Salam..
Sekadar berkongsi impian dengan rakan2 dan sahabat2 maya sekalian..Kiranya detik yang mendebarkan semakin hampir dengan diriku..Saat aku bakal mendepani kembali kerenah anak didik yang pelbagai dan saat aku bakal diuji sma ada lulus atau tdk bgelar sebagai 'cikgu', 'pendidik', 'guru', 'muallimah', 'lau she, etc. Saat praktikal semakin hampir, sedangkan ke mana bakal diri ini dicampakkan belum pasti..Yang pasti, keikhlasan utk bgelar cikgu dan semangat utk mendidik anak bangsa aku tanamkan ke dalam diri.
Umum mengetahui bahawa anak Melayu masih ramai yang ketinggalan di dalam bidang sains dan english. aku tak pasti faktor utama kepada senario ini..sedikit sebanyak aku ingin memuji langkah kerajaan utk memansuhkan PPSMI..moga jurang antara anak Melayu terutamanya di kawasan pedalaman dgn anak2 kota dapat dikurangkan..
Pada pendapatku yang tlalu mentah dalam bidang pendidikan ini, aku merasakan bahawa niat utk menjadi pendidik haruslah ikhlas. Bukankan Nabi SAW telah bersabda di dalam hadith shahih yang mengatakan bahwa setiap amal itu bermula dengan niat. Justeru, aku kerap mengingatkan diriku agar sentiasa muhasabah diri, melakukan amanah ini dengan ikhlas (walaupun ikhlas itu ibaratnya spt semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita). Ikhlas itu kerana Allah Ta'ala..
Bagaimana agaknya aku sebagai guru nanti? Di sini, aku ingin berkongsi tips dengan sahabat2 sekalian..sumber dari cikgumalaysia.com
Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United Kingdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
1.Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam
2.Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya
3.Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
4.Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
5.Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
6.Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
7.Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di sekolah

Daoakan daku..ameen.. Kepada guru2ku di sekolah dulu yang menjadi sumber inspirasi sehingga kni, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Jasa cikgu saya kenang hingga ke akhirnya..